Time is Gold

Kuala Lumpur,Malaysia

JW Media Player

You must have Flash Player installed in order to see this player.

Islamic Date

Wednesday 1 Rabi al-Awwal 1433- 25 January 2012 Muharram - Ma'al Hijrah.Marilah Bersama-sama menambahkan keTaqwaan Kepada Allah

Sebarang Memo

!Warning! JavaScript must be enabled for proper operation.
Guest ana says:
2012-01-25 02:34:23
bekam resdung dekat muka
ada tak cawangan ptn dekat kota knabalu sabah?boleh x bg alama detail dan no fon cawanagn tersebut sekali?sebab saya tengah cari tempat untuk berbekam
Guest alawiyy says:
2012-01-25 01:12:54
resdung hidung & jerawat
Sy mempunyai seorang anak yg berusia 17 thn.. mengalami masalah resdung & jerawat. sila beri alamat tmpt rawatan yg terdekat dgn putrajaya
Guest mas says:
2012-01-24 18:02:54
cuba en. buat cawangan di sungai buloh...jauh sgtla kt [email protected]
Guest ismail says:
2012-01-15 04:36:38
sakit belakang dan tangan berasa kebas
assalamua'laikum.. bapa saya mengalami sakit di belakang badan dan tangan kanan dia berasa kebas-kebas.. sesuaikah untuk membuat urutan urat saraf di sini???
Guest idayu says:
2012-01-14 07:12:30
jerawat dan kaitan dgn resdung
sy mengalami jerawat d muka sekrg dah berkurang xp banyak ulat2 putih di muka dan hidung sy.. sy nak mengeluarkannya, boleh x sy tau adkah encik mempunyai cawangan d kl???

Designed by:
web hosting

Newsflash

Bekam Efektif







              



              


    

              


 

                                                             

Bekam merupakan rawatan Sunnah Rasullullah S.A.W sejak 1400 tahun yang dahulu.

Sangat Efektif untuk mencegah dan merawat berbagai jenis penyakit kini di Pusat Rawatan PTN

SILA BUAT TEMUJANJI MELALUI TELEFON SEBELUM RAWATAN

PASTIKAN BERPUASA 3 JAM SEBELUM RAWATAN UTK BEKAM URUT BADAN DAN RESDUNG

Direct Page :Bekam


Muqaddimah


Perubatan Tradisional Nabawiyyah merupakan sebuah Pusat Rawatan Tradisional Melayu dan Islam atau lebih dikenali sebagai Pusat Rawatan PTN.Pusat Rawatan ini adalah Ahli kepada Pertubuhan Acu-Bekam Malaysia (PABM)dan Ahli kepada Gabungan Pertubuhan Pengamal Perubatan Tradisional Melayu Malaysia (GAPERA) juga merupakan salah satu dari badan payung (badan pengamal) yang dikenali oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dibahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari (BPTK).Rawatan di Pusat Rawatan PTN adalah untuk mencegah dan merawat berkonsepkan 'wellness and therapeutic' untuk merawat penyakit seperti:-

1.Sakit Kepala atau Migrain - sila lihat

2.Tekanan Darah Tinggi -sila lihat

3.Angin Ahmar atau Stroke

4.Kencing Manis atau Diabetes

5.Gaout atau asam urat

6.Sakit Sendi atau Arthritis

7.Sakit Pinggang dan Badan

8.Resdung

9.Masalah ganguan makhluk halus,gangguan mental dan spiritual

10.Sakit urat saraf

11.Sakit tuan atau puan dan lain-lain lagi


Rawatan yang terdapat di Pusat Rawatan PTN adalah:-

1.Bekam-Merawat dan mencegah berbagai jenis penyakit

2.Akupunktur

3.Urutan - Urut Badan,Urut terseliuh,Urut urat saraf stroke dan masalah seksual,urut bersalin dan Refleksi

4.Resdung-Mengeluarkan lendir resdung atau sinus

5.Herba

   - Minyak Habbatus sauda,Madu Lebah,Cuka Kurma ,Akar Kayu,Sabun Herba dan lain-lain

6.Spiritual Islam (Rukyah Syar'eyyah atau Ayat-ayat Al-Quran dan Doa Rasulullah)

   - Rawatan Sihir/gangguan jin/guna-guna/santau/Sawan

   - Rawatan Masalah rumahtangga,jodoh,pendinding diri rumah,kedai,kerjaya

   - Rawatan Kancer/Kayap/Demam Campak/Batu Karang

7.Motivasi dan Kuliah Agama

8.Menjual dan Membekalkan alat-alat TCM kepada Ahli TCM

9.KEDAI ONLINE PUSAT RAWATAN PTN (KLIK DI SINI)


Lihat Tarif Perkhidmatan @ Rawatan


SILA HUBUNGI:

Ustaz Nizam  : 017-604 9396 (Perawat Lelaki)

Ummu Ihsan : 017-605 9974 (Perawat Wanita)

Bekam,Akupunktur,Resdung,Urut Badan,Herba dan Spiritual Islam di Sepang,Putrajaya,Bangi,Kajang,Shah Alam,Petaling Jaya,Kuala Lumpur,Banting,Klang ,Seremban dan  Seluruh Malaysia untuk Mobile Service

RAWATAN UNTUK LELAKI,WANITA DAN KANAK-KANAK

PUSAT RAWATAN:

48/1,Jalan Seroja 5,Taman Seroja,Bandar Baru Salak Tinggi,

43900 Sepang,Selangor - lihat peta

Link:

www.perubatantradisionalnabawiyyah.blogspot.com

www.maybank2u.com.my

View our profile on the BusinessList.my






Kuliah Tasawuf PDF Print E-mail
Written by Nizam   
Sunday, 31 August 2008 17:54

 

http://yoga18green.files.wordpress.com/2009/10/kaligrafi123.jpg


Tasawuf dan Kuliah Agama

Tasawwuf  itu adalah "penyucian hati " yang batiniah/ruhiyyah dari sifat-sifat mazmumah (sifat-sifat tercela) sehingga zahirlah sifat-sifat mahmudah (sifat-sifat terpuji) untuk mencapai martabat ihsan inilah tahaf mukmin yang muklis yang diredhai oleh Allah Azza wa Jalla.Firman Allah S.W.Taala :

قد افلح من تزكئ .و ذكراسم ربه فصلئ

" Telah Berjayalah orang yang menyucikan diri/jiwa yang banyak menyebut Allah (membesarkan keagungan Allah) dan mendirikan Solah" Surah AL-A'ala ayat 14-15.Daripada Umar R.Anhu beliau mendengar Rasullullah S.A.W. telah bersabda:

ان تعبد الله كأناك تراه ، فإ ن لم تكن تراه فإنه يراك

" Beribadahlah  dengan melakukan ketaatan kepada Allah seolah-olah kamu melihatNya dan jika kamu tidak sampai pada martabat ini  yakinlah Allah sedang memerhatikan kamu" Hadis Riwayat Muslim. 

Tasawwuf juga adalah ittiba/taat Allah dan Rasul secara sempurna inilah matlamat yang hakiki.Firman Allah S.W.Taala:

يأيها الذين ءامنوااتقواالله وقولواقولاسديدا  ٧٠  يُصلح لكم اعملكم ويغفرلكم ذنوبكم ومن ّيطع الله  وراسوله فقدفازافوزاعظيما ٧١

" Wahai orang-orang yang beriman ucapkanlah perkataan yang teguh yakni Laila ha Illallah nescaya Allah akan memperbaiki diri(hati/ruh) kamu dan amalan/zahiriah kamu dan Allah akan mengampunkan semua dosa-dosa kamu dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasulnya(Sallallahu alaihi wasallam) di dunia maka sesungguhnya dia telah pun mendapat kejayaan/kemenangan dengan kejayaan yang besar"

Di dalam kitab Ihya Ulumuddin susunan Imam Al-Ghazali ada menukilkan kata-kata beliau iaitu" Bidayah wan nihayah suluk illallah at taubah".Maksudnya permulaaan dan kesudahan jalan menuju Allah adalah dengan taubah.Jadi seseorang yang hendak menuju kepada Allah wajiblah bertaubat kepada Allah dan inilah tasawuf atau penyucian jiwa/ruhani.Manakala untuk mencapai darjat ihsan juga melalui taubat juga yakni puncak dalam menghampiri Allah S.W.Taala.

 Taubat

Taubat adalah permulaan jalan seseorang untuk menuju yankni menghampiri seterusnya mendekati lalu 'maeyatullah'( bersama ) dan seterusnya 'fana' wa 'baqa' maAllah.Sememangnya taubat adalah permulaan perjalanannya kerana bagaimana mungkin seorang hamba boleh makrifah tanpa taubat.

Petikan Syarah Tasawuf Kitab Al-Hikam


SEBAHAGIAN DARIPADA TANDA BERSANDAR KEPADA AMAL (PERBUATAN ZAHIR) ADALAH BERKURANGAN HARAPANNYA (SUASANA HATI) TATKALA BERLAKU PADANYA KESALAHAN.

Imam Ibnu Athaillah memulakan Kalam Hikmat beliau dengan mengajak kita merenung kepada hakikat amal. Amal boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu perbuatan zahir dan perbuatan hati atau suasana hati berhubung dengan perbuatan zahir itu. Beberapa orang boleh melakukan perbuatan zahir yang serupa tetapi suasana hati berhubung dengan perbuatan zahir itu tidak serupa. Kesan amalan zahir kepada hati berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. Jika amalan zahir itu mempengaruhi suasana hati, maka hati itu dikatakan bersandar kepada amalan zahir. Jika hati dipengaruhi juga oleh amalan hati, maka hati itu dikatakan bersandar juga kepada amal, sekalipun ianya amalan batin. Hati yang bebas daripada bersandar kepada amal sama ada amal zahir atau amal batin adalah hati yang menghadap kepada Allah s.w.t dan meletakkan pergantungan kepada-Nya tanpa membawa sebarang amal, zahir atau batin, serta menyerah sepenuhnya kepada Allah s.w.t tanpa sebarang takwil atau tuntutan. Hati yang demikian tidak menjadikan amalnya, zahir dan batin, walau berapa banyak sekalipun, sebagai alat untuk tawar menawar dengan Tuhan bagi mendapatkan sesuatu. Amalan tidak menjadi perantaraan di antaranya dengan Tuhannya. Orang yang seperti ini tidak membataskan kekuasaan dan kemurahan Tuhan untuk tunduk kepada perbuatan manusia. Allah s.w.t Yang Maha Berdiri Dengan Sendiri berbuat sesuatu menurut kehendak-Nya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa dan sesuatu. Apa sahaja yang mengenai Allah s.w.t adalah mutlak, tiada had, sempadan dan perbatasan. Oleh kerana itu orang arif tidak menjadikan amalan sebagai sempadan yang mengongkong ketuhanan Allah s.w.t atau ‘memaksa’ Allah s.w.t berbuat sesuatu menurut perbuatan makhluk. Perbuatan Allah s.w.t berada di hadapan dan perbuatan makhluk di belakang. Tidak pernah terjadi Allah s.w.t mengikuti perkataan dan perbuatan seseorang atau sesuatu.Sebelum menjadi seorang yang arif, hati manusia memang berhubung rapat dengan amalan dirinya, baik yang zahir mahu pun yang batin. Manusia yang kuat bersandar kepada amalan zahir adalah mereka yang mencari faedah keduniaan dan mereka yang kuat bersandar kepada amalan batin adalah yang mencari faedah akhirat. Kedua-dua jenis manusia tersebut berkepercayaan bahawa amalannya menentukan apa yang mereka akan perolehi baik di dunia dan juga di akhirat. Kepercayaan yang demikian kadang-kadang membuat manusia hilang atau kurang pergantungan dengan Tuhan. Pergantungan mereka hanyalah kepada amalan semata-mata ataupun jika mereka bergantung kepada Allah s.w.t, pergantungan itu bercampur dengan keraguan. Seseorang manusia boleh memeriksa diri sendiri apakah kuat atau lemah pergantungannya kepada Allah s.w.t. Kalam Hikmat 1 yang dikeluarkan oleh Ibnu Athaillah memberi petunjuk mengenainya. Lihatlah kepada hati apabila kita terperosok ke dalam perbuatan maksiat atau dosa. Jika kesalahan yang demikian membuat kita berputus asa daripada rahmat dan pertolongan Allah s.w.t itu tandanya pergantungan kita kepada-Nya sangat lemah. Firman-Nya:

 “Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah melainkan kaum yang kafir ”. ( Ayat 87 : Surah Yusuf )

Ayat di atas menceritakan bahawa orang yang beriman kepada Allah s.w.t meletakkan pergantungan kepada-Nya walau dalam keadaan bagaimana sekali pun. Pergantungan kepada Allah s.w.t membuat hati tidak berputus asa dalam menghadapi dugaan hidup. Kadang-kadang apa yang diingini, dirancangkan dan diusahakan tidak mendatangkan hasil yang diharapkan. Kegagalan mendapatkan sesuatu yang diingini bukan bermakna tidak menerima pemberian Allah s.w.t. Selagi seseorang itu beriman dan bergantung kepada-Nya selagi itulah Dia melimpahkan rahmat-Nya. Kegagalan memperolehi apa yang dihajatkan bukan bermakna tidak mendapat rahmat Allah s.w.t. Apa juga yang Allah s.w.t lakukan kepada orang yang beriman pasti terdapat rahmat-Nya, walaupun dalam soal tidak menyampaikan hajatnya. Keyakinan terhadap yang demikian menjadikan orang yang beriman tabah menghadapi ujian hidup, tidak sekali-kali berputus asa. Mereka yakin bahawa apabila mereka sandarkan segala perkara kepada Allah s.w.t, maka apa juga amal kebaikan yang mereka lakukan tidak akan menjadi sia-sia.

Orang yang tidak beriman kepada Allah s.w.t berada dalam situasi yang berbeza. Pergantungan mereka hanya tertuju kepada amalan mereka, yang terkandung di dalamnya ilmu dan usaha. Apabila mereka mengadakan sesuatu usaha berdasarkan kebolehan dan pengetahuan yang mereka ada, mereka mengharapkan akan mendapat hasil yang setimpal. Jika ilmu dan usaha (termasuklah pertolongan orang lain) gagal mendatangkan hasil, mereka tidak mempunyai tempat bersandar lagi. Jadilah mereka orang yang berputus asa. Mereka tidak dapat melihat hikmat kebijaksanaan Allah s.w.t mengatur perjalanan takdir dan mereka tidak mendapat rahmat dari-Nya.

Jika orang kafir tidak bersandar kepada Allah s.w.t dan mudah berputus asa, di kalangan sebahagian orang Islam juga ada yang demikian, bergantung setakat mana sifatnya menyerupai sifat orang kafir. Orang yang seperti ini melakukan amalan kerana kepentingan diri sendiri, bukan kerana Allah s.w.t. Orang ini mungkin mengharapkan dengan amalannya itu dia dapat mengecapi kemakmuran hidup di dunia.Dia mengharapkan semoga amal kebajikan yang dilakukannya dapat mengeluarkan hasil dalam bentuk bertambah rezekinya, kedudukannya atau pangkatnya, orang lain semakin menghormatinya dan dia juga dihindarkan daripada bala penyakit, kemiskinan dan sebagainya. Bertambah banyak amal kebaikan yang dilakukannya bertambah besarlah harapan dan keyakinannya tentang kesejahteraan hidupnya.

Sebahagian kaum muslimin yang lain mengaitkan amal kebaikan dengan kemuliaan hidup di akhirat. Mereka memandang amal salih sebagai tiket untuk memasuki syurga, juga bagi menjauhkan azab api neraka. Kerohanian orang yang bersandar kepada amal sangat lemah, terutamanya mereka yang mencari keuntungan keduniaan dengan amal mereka. Mereka tidak tahan menempuh ujian. Mereka mengharapkan perjalanan hidup mereka sentiasa selesa dan segala-segalanya berjalan menurut apa yang dirancangkan. Apabila sesuatu itu berlaku di luar jangkaan, mereka cepat naik panik dan gelisah. Bala bencana membuat mereka merasakan yang merekalah manusia yang paling malang di atas muka bumi ini. Bila berjaya memperoleh sesuatu kebaikan, mereka merasakan kejayaan itu disebabkan kepandaian dan kebolehan mereka sendiri. Mereka mudah menjadi ego serta suka menyombong.

Apabila rohani seseorang bertambah teguh dia melihat amal itu sebagai jalan untuknya mendekatkan diri dengan Tuhan. Hatinya tidak lagi cenderung kepada faedah duniawi dan ukhrawi tetapi dia berharap untuk mendapatkan kurniaan Allah s.w.t seperti terbuka hijab-hijab yang menutupi hatinya. Orang ini merasakan amalnya yang membawanya kepada Tuhan. Dia sering mengaitkan pencapaiannya dalam bidang kerohanian dengan amal yang banyak dilakukannya seperti berzikir, bersembahyang sunat, berpuasa dan lain-lain. Bila dia tertinggal melakukan sesuatu amal yang biasa dilakukannya atau bila dia tergelincir melakukan kesalahan maka dia berasa dijauhkan oleh Tuhan. Inilah orang yang pada peringkat permulaan mendekatkan dirinya dengan Tuhan melalui amalan tarekat tasauf.

Jadi, ada golongan yang bersandar kepada amal semata-mata dan ada pula golongan yang bersandar kepada Tuhan melalui amal. Kedua-dua golongan tersebut berpegang kepada keberkesanan amal dalam mendapatkan sesuatu. Golongan pertama kuat berpegang kepada amal zahir, iaitu perbuatan zahir yang dinamakan usaha atau ikhtiar. Jika mereka tersalah memilih ikhtiar, hilanglah harapan mereka untuk mendapatkan apa yang mereka hajatkan. Ahli tarekat yang masih diperingkat permulaan pula kuat bersandar kepada amalan batin seperti sembahyang dan berzikir. Jika mereka tertinggal melakukan sesuatu amalan yang biasa mereka lakukan, akan berkurangan harapan mereka untuk mendapatkan anugerah dari Allah s.w.t. Sekiranya mereka tergelincir melakukan dosa, akan putuslah harapan mereka untuk mendapatkan anugerah Allah s.w.t.

Dalam perkara bersandar kepada amal ini, termasuklah juga bersandar kepada ilmu, sama ada ilmu zahir atau ilmu batin. Ilmu zahir adalah ilmu pentadbiran dan pengurusan sesuatu perkara menurut kekuatan akal. Ilmu batin pula adalah ilmu yang menggunakan kekuatan dalaman bagi menyampaikan hajat. Ia termasuklah penggunaan ayat-ayat al-Quran dan jampi. Kebanyakan orang meletakkan keberkesanan kepada ayat, jampi dan usaha, hinggakan mereka lupa kepada Allah s.w.t yang meletakkan keberkesanan kepada tiap sesuatu itu.

Seterusnya, sekiranya Tuhan izinkan, kerohanian seseorang meningkat kepada makam yang lebih tinggi. Nyata di dalam hatinya maksud kalimat:

 
Tiada daya dan upaya kecuali beserta Allah. 
“Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu perbuat itu!” ( Ayat 96 : Surah as- Saaffaat )

Orang yang di dalam makam ini tidak lagi melihat kepada amalnya, walaupun banyak amal yang dilakukannya namun, hatinya tetap melihat bahawa semua amalan tersebut adalah kurniaan Allah s.w.t kepadanya. Jika tidak kerana taufik dan hidayat dari Allah s.w.t tentu tidak ada amal kebaikan yang dapat dilakukannya. Allah s.w.t berfirman:

 “Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberian-Nya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi masalah kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah”.  ( Ayat 40 : Surah an-Naml ) 


 Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendaki-Nya). Ia memasukkan sesiapa yang kehendaki-Nya (menurut aturan yang ditetapkan) ke dalam rahmat-Nya (dengan ditempatkan-Nya di dalam syurga); dan orang-orang yang zalim, Ia menyediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya. ( Ayat 30 & 31 : Surah al-Insaan )

Segala-galanya adalah kurniaan Allah s.w.t dan menjadi milik-Nya. Orang ini melihat kepada takdir yang Allah s.w.t tentukan, tidak terlihat olehnya keberkesanan perbuatan makhluk termasuklah perbuatan dirinya sendiri. Makam ini dinamakan makam ariffin iaitu orang yang mengenal Allah s.w.t. Golongan ini tidak lagi bersandar kepada amal namun, merekalah yang paling kuat mengerjakan amal ibadat.

Orang yang masuk ke dalam lautan takdir, reda dengan segala yang ditentukan Allah s.w.t, akan sentiasa tenang, tidak berdukacita bila kehilangan atau ketiadaan sesuatu. Mereka tidak melihat makhluk sebagai penyebab atau pengeluar kesan.

Di awal perjalanan menuju Allah s.w.t, seseorang itu kuat beramal menurut tuntutan syariat. Dia melihat amalan itu sebagai kenderaan yang boleh membawanya hampir dengan Allah s.w.t. Semakin kuat dia beramal semakin besarlah harapannya untuk berjaya dalam perjalanannya. Apabila dia mencapai satu tahap, pandangan mata hatinya terhadap amal mula berubah. Dia tidak lagi melihat amalan sebagai alat atau penyebab. Pandangannya beralih kepada kurniaan Allah s.w.t. Dia melihat semua amalannya adalah kurniaan Allah s.w.t kepadanya dan kehampirannya dengan Allah s.w.t juga kurniaan-Nya. Seterusnya terbuka hijab yang menutupi dirinya dan dia mengenali dirinya dan mengenali Tuhannya. Dia melihat dirinya sangat lemah, hina, jahil, serba kekurangan dan faqir. Tuhan adalah Maha Kaya, Berkuasa, Mulia, Bijaksana dan Sempurna dalam segala segi. Bila dia sudah mengenali dirinya dan Tuhannya, pandangan mata hatinya tertuju kepada Kudrat dan Iradat Allah s.w.t yang menerajui segala sesuatu dalam alam maya ini. Jadilah dia seorang arif yang sentiasa memandang kepada Allah s.w.t, berserah diri kepada-Nya, bergantung dan berhajat kepada-Nya. Dia hanyalah hamba Allah s.w.t yang faqir.

Menyaksikan Allah(di petik dari kitab Sirul Asrar-Sheikh Abd Qadir Al-Jailani)

Melihat Allah ada dua jenis: Pertama melihat sifat keindahan Allah yang sempurna secara langsung di akhirat’ dan satu lagi melihat sifat-sifat ketuhanan yang dipancarkan ke atas cermin yang jernih kepunyaan hati yang tulen di dalam kehidupan ini. Dalam hal tersebut penyaksian kelihatan sebagai penzahiran cahaya keluar daripada keindahan Allah yang sempurna dan dilihat oleh mata hati yang hakiki.
“Hati tidak menafikan apa yang dia lihat”. (Surah Najmi, ayat 11).

Mengenai melihat kenyataan Allah melalui perantaraan, Nabi s.a.w bersabda, “Yang beriman adalah cermin kepada yang beriman”. Yang beriman yang pertama, cermin dalam ayat ini, adalah hati yang beriman yang suci murni, sementara yang beriman kedua adalah Yang Melihat bayangan-Nya di dalam cermin itu, Allah Yang Maha Tinggi. Sesiapa yang sampai kepada makam melihat kenyataan sifat Allah di dalam dunia ini akan melihat Zat Allah di akhirat, tanpa rupa tanpa bentuk.

Kenyataan ini disahkan oleh Saidina Umar r.a dengan katanya, “Hatiku melihat Tuhanku dengan cahaya Tuhanku”. Saidina Ali r.a berkata, “Aku tidak menyembah Allah kecuali aku melihat-Nya”. Mereka berdua tentu telah melihat sifat-sifat Allah dalam kenyataan. Jika seseorang melihat cahaya matahari masuk melalui jendela dan dia berkata, “Aku melihat matahari”, dia bercakap benar.

Allah memberi gambaran yang jelas tentang kenyataan sifat-sifat-Nya:
“Allah itu nur bagi langit-langit dan bumi. Bandingan nur-Nya (adalah) seperti satu kurungan pelita  yang di dalamnya ada pelita (sedang) pelita itu dalam satu kaca, (dan) kaca itu sebagai bintang yang seperti mutiara, yang dinyalakan (dengan minyak) dari pohon yang banyak faedah (iaitu) zaitun yang bukan bangsa timur dan bukan bangsa barat, yang minyaknya (sahaja) hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api, nur atas nur, Allah pimpin kepada nur-Nya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah mengadakan perumpamaan bagi manusia, dan Allah mengetahui tiap sesuatu”. (Surah Nuur, ayat 35).

Perumpamaan dalam ayat ini adalah hati yang yakin penuh di kalangan orang yang beriman. Lampu yang menerangi bekas hati itu ialah hakikat atau intipati kepada hati, sementara cahaya yang dipancarkan ialah rahsia Tuhan, ‘roh sultan’. Kaca adalah lutsinar dan tidak memerangkap cahaya di dalamnya tetapi ia melindunginya sambil menyebarkannya kerana ia umpama bintang. Sumber cahaya adalah pohon Ilahi. Pohon itu adalah makam atau suasana keesaan, menjalar dengan dahan dan akarnya, memupuk prinsip-prinsip iman, berhubung tanpa perantaraan dengan bahasa yang asli.

Secara langsung, melalui bahasa yang asli itulah Nabi s.a.w menerima pembukaan al-Quran. Dalam kenyataan Jibrail membawa firman Tuhan hanya setelah firman tersebut diterima – ini adalah untuk faedah kita supaya kita boleh mendengarnya dalam bahasa manusia. Ini juga memperjelaskan siapakah yang tidak percaya dan munafik dengan memberi mereka peluang untuk menafikannya seperti mereka tidak percaya kepada malaikat.
“Dan sesungguhnya diwahyukan kepada kamu Quran (ini) dari sisi (Tuhan) yang bijaksana, yang mengetahui”. (Surah Naml, ayat 6).

Oleh kerana Nabi s.a.w menerima pembukaan sebelum Jibrail membawanya kepada baginda, setiap kali Jibrail membawa ayat-ayat suci itu Nabi s.a.w mendapatinya di dalam hatinya dan membacanya sebelum ayat itu diberikan. Inilah alasan bagi ayat:
“Dan janganlah engkau terburu-buru dengan Quran sebelum habis diwahyukan kepada kamu”. (Surah Ta Ha, ayat 114).

Keadaan ini menjadi jelas sewaktu Jibrail menemani Nabi s.a.w pada malam mikraj, Jibrail tidak terdaya untuk pergi lebih jauh daripada Sidratul Muntaha. Dia berkata, “Jika aku ambil satu langkah lagi aku akan terbakar”. Jibrail membiarkan Nabi s.a.w meneruskan perjalanan seorang diri.

Allah menggambarkan pokok zaitun yang diberkati, pokok keesaan, bukan dari timur dan bukan dari barat. Dalam lain perkataan ia tidak ada permulaan dan tidak ada kesudahan, dan cahayanya yang menjadi sumber tidak terbit dan tidak terbenam. Ia kekal pada masa lalu dan tiada kesudahan pada masa akan datang. Kedua-dua Zat Allah dan sifat-sifat-Nya adalah kekal abadi. Kedua-dua kenyataan Zat-Nya dan kenyataan sifat-Nya bergantung kepada Zat-Nya.

Penyembahan yang sebenar hanya boleh dilakukan apabila hijab yang menutup hati tersingkap agar cahaya abadi menyinarinya. Hanya selepas itu hati menjadi terang dengan cahaya Ilahi. Hanya selepas itu roh menyaksikan perumpamaan Ilahi itu.

Tujuan diciptakan alam maya adalah untuk ditemui khazanah rahsia itu. Allah berfirman melalui Rasul-Nya:
“Aku adalah Perbendaharaan Yang Tersembunyi. Aku suka dikenali lalu Aku ciptakan makhluk agar Aku dikenali”.

Ini bermakna Dia boleh dikenali di dalam dunia ini melalui sifat-sifat-Nya. Tetapi untuk melihat dan mengenali Zat-Nya sendiri hanyalah boleh terjadi di akhirat. Di sana melihat Allah adalah secara langsung sebagaimana yang Dia kehendaki dan yang melihatnya adalah mata bayi hati.
“Beberapa muka pada hari itu berseri-seri. Kepada Tuhannya mereka melihat”. (Surah Qiamat, ayat 22 & 23).

Nabi s.a.w bersabda, “Aku melihat Tuhanku di dalam rupa jejaka tampan”. Mungkin ini adalah bayangan bayi hati. Bayangan adalah cermin. Ia menjadi alat untuk menzahirkan yang ghaib. Hakikat Allah Yang Maha Tinggi tidak menyerupai sesuatu samada bayangan atau bentuk. Bayangan adalah cermin, walaupun yang kelihatan bukanlah cermin dan bukan juga orang yang melihat ke dalam cermin. Fikirkan tentang itu dan cubalah memahaminya kerana ia adalah hakikat kepada alam rahsia-rahsia.

Tetapi semuanya berlaku pada makam sifat. Pada makam Zat semua kenyataan hilang, lenyap. Orang yang di dalam makam Zat itu sendiri lenyap tetapi mereka merasai zat itu dan tiada yang lain. Betapa jelas Nabi s.a.w menggambarkannya, “Aku daripada Allah dan yang beriman daripadaku”. Dan Allah berfirman melalui Rasul-Nya:
Aku ciptakan cahaya Muhammad daripada cahaya Wujud-Ku sendiri”.

Maksud Wujud Allah adalah Zat-Nya Yang Maha Suci, menyata di dalam sifat-sifat-Nya Yang Maha Mengasihani. Ini dinyatakan-Nya melalui Rasul-Nya:
“Rahmat-Ku mendahului murka-Ku”.

Rasul yang dikasihi Allah adalah cahaya kebenaran sebagaimana Allah berfirman:
“Tidak Kami utuskan engkau melainkan menjadi rahmat kepada seluruh alam”. (Surah Anbiyaa’, ayat 107).

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu rasul Kami, menerangkan kepada kamu beberapa banyak dari (isi Kitab) yang kamu sembunyikan, dan ia tidak ambil tahu berapa banyak. Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya dari Allah dan Kitab yang menerangkan”. (Surah Maaidah, ayat 15).

Pentingnya utusan Allah yang dikasihi-Nya itu jelas dengan firman-Nya kepada baginda, “Jika tidak kerana engkau Aku tidak ciptakan makhluk”.
 

Kuliah Agama(Munakahad)

Islam menetap lima hukum perkahwinan untuk menjaga hak isteri, institusi keluarga

SEJAK akhir ini, pelbagai kisah mengenai poligami membabitkan artis serta tuntutan fasakh dilaporkan media. Untuk pengetahuan ustaz, saya sudah berkahwin dan buat masa ini tidak terlintas untuk berpoligami kerana menyedari tanggungjawab serta kemampuan diri terbatas. Namun, ramai rakan di pejabat, sebaliknya memperlekeh isu poligami ini. Persoalannya, apakah hukum poligami? Siapa yang layak berpoligami? Bagaimana adab untuk si suami memaklumkan isterinya dan apakah yang harus dilakukan isteri jika suami mahu berkahwin lagi.

Zulkifli S,
Klang.

MENJAWAB soalan yang pertama mengenai hukum, ada baiknya jika dikemukakan sejarah poligami dalam Islam. Allah SWT berfirman dalam ayat ketiga surah al-Nisak, maksudnya: “Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwin dengan sesiapa yang kamu berkenan daripada perempuan (lain); dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak berlaku adil (antara isteri kamu) maka (berkahwin) seorang saja, atau (pakai) hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.”

Menurut pentafsir, contohnya dalam kitab al-Tafsir al-Muyassar, ayat ini diturunkan bagi memberikan kelonggaran kepada penjaga (wali) anak yatim untuk mengahwini gadis lain jika dibimbangi timbul masalah kerana mengahwini gadis yang juga anak yatim di bawah jagaan mereka. Ia termasuk masalah mahar yang sepatutnya diberikan kepada anak yatim itu.

Menurut Ibn Kasir dalam tafsirnya, menyatakan tradisi masyarakat Arab pada zaman dulu untuk menikahi gadis yang kematian ayah yang kaya bertujuan membolot harta yang ditinggalkan. Tambahan pula jika gadis itu cantik memikat. Ia antara riwayat daripada Aisyah RA seperti yang diriwayatkan al-Bukhari dalam sahihnya.

Poligami ini pada dasarnya dibenarkan Islam mengambil kira perkara tertentu, contohnya isteri mengalami penyakit menyebabkan dia tidak dapat memenuhi tuntutan seksual suami.

Apabila perkahwinan yang tujuannya memberikan keseronokan syahwat secara halal tidak lagi berperanan, Islam membenarkan perkahwinan dengan isteri kedua untuk menyelamatkan keadaan itu.

Apabila kita mengkaji sirah Nabi, perkahwinan Baginda secara poligami dengan sembilan isteri pada suatu masa sebenarnya mempunyai pelbagai hikmah antaranya, ia pembelaan kepada mereka termasuk isteri bernama Saudah, Ummu Habibah dan Ummu Salamah.

Isteri lain pula dikahwini untuk menjadi hukum yang akan dipegang umat Islam berkaitan perkahwinan dengan isteri anak angkat seperti berlaku pada Zainab.

Ada juga perkahwinan Baginda dengan golongan Yahudi seperti Safiyyah bertujuan sebagai dakwah. Amalan Nabi ini akhirnya menjadi ikutan sahabat yang datang selepas itu, hampir semua mengamalkan poligami seperti Nabi SAW.

Namun, harus diingat poligami yang dibenarkan menuruti ketetapan syarat. Syarat ini diletakkan sebagai dasar bagi mengelakkan kezaliman kepada wanita, khasnya pada zaman mutakhir ini apabila poligami menjadi faktor utama pengabaian tanggungjawab kepada isteri dan anak.

Antara syarat diletakkan fuqaha terhadap suami yang ingin mengamalkan poligami ialah:

* Mampu adil dengan isteri seperti firman Allah SWT dalam ayat ketiga surah al-Nisak.
* Mampu menghadapi ujian kehidupan poligami kerana suami harus bijak mengendalikan permasalahan semua isteri tanpa mengabaikan hak Allah ke atas mereka.
* Mampu memenuhi keperluan isteri. Jika lelaki beristeri lebih gagal memenuhi tuntutan seksual isteri, dibimbangi isteri terbabit maksiat.
* Mampu memberi nafkah kepada isteri tanpa berlaku zalim dalam pembahagian itu.

(Untuk maklumat lanjut rujuk Kitab Ensiklopedia Fiqh karangan Ab Malik Kamal Sayyid Ibrahim cetakan Pustaka Ibn Kasir, Jakarta).

Berdasarkan huraian di atas, dapat kita fahami sekalipun hukum poligami pada asalnya harus, ia bertukar kepada hukum lain seperti berikut :

* Wajib � Jika dibimbangi seseorang lelaki terjerumus melakukan maksiat.
* Sunat � Sekiranya dengan perkahwinan dapat memberikan perlindungan kepada wanita yang memerlukan perlindungan.
* Harus � Dalam keadaan umum, apabila yakin dapat menjaga kepentingan semua isterinya.
* Makruh � Apabila perkahwinan disebabkan memenuhi tuntutan syahwat semata-mata tanpa mengadakan kajian dan mesyuarat dengan orang berilmu dan salih.
* Haram � Sekiranya perkahwinan dilakukan untuk menganiaya sesuatu pihak sama ada isteri yang sudah sedia dinikahi atau bakal isteri.

Indahnya Islam seperti dikatakan ulama seperti al-Ghazali dalam al-Mustasfa dan Ibnul Qayyim dalam I’lam al-Muwaqqa’in yang mana objektif utama membawa keselamatan kepada umat.

Apa yang menjadi masalah hari ini ialah poligami berlaku dengan sewenang-wenangnya tanpa kajian mendalam terhadap kemampuan diri.

Tidak dinafikan lelaki mampu dari sudut kewangan, tapi dia juga harus mampu memberi keutamaan pendidikan dan kefahaman Islam terhadap isteri.

Saya mencadangkan lelaki yang ingin berpoligami mengikuti saranan Nabi iaitu mengutamakan aspek agama di samping kecantikan. Berapa ramai lelaki tertipu dalam perkahwinan kedua dengan memilih isteri jelita, malah ada yang sebaya anak sendiri. Akhirnya perkahwinan itu berakhir dengan cepat kerana isteri mudanya tidak mempunyai kefahaman agama.

Ambil pengajaran daripada amaran Nabi SAW dalam hadis: “Janganlah kamu mengahwini seseorang wanita kerana kecantikannya kerana kecantikannya akan menghancurkannya. Jangan kamu kahwini kerana hartanya kerana harta itu akan menjadikan mereka melampaui batas, tetapi kahwinilah dia kerana agamanya… (Riwayat Ibn Majah).

Menjawab soalan kedua, saya mencadangkan isteri yang menghadapi perkara ini muhasabah diri. Kemungkinan ada sikap kita yang kurang disenangi suami seperti tidak menjaga penampilan diri yang turut membabitkan sikap, kata-kata dan penjagaan rupa. Suami hakikatnya kerap mengadu masalah isteri selekeh dan tidak menggoda.

Perkara kedua yang perlu dilakukan ialah kembali kepada Allah SWT dengan melakukan solat sunat hajat, tahajud dan dhuha. Sebagai contoh, Nabi bersabda dalam hadis sahih: “Wahai anak Adam, kerjakanlah olehmu dua rakaat Dhuha, nescaya akan kupenuhi segenap hajatmu pada hari itu.”

Wanita juga digalak berpuasa sunat kerana doa orang yang berpuasa diterima Allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 153: “Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang yang sabar.”

Ramai ulama contohnya al-Baidhawi mentafsirkan maksud sabar ialah puasa. Terakhir, bermesyuarat dengan suami menerusi pendekatan paling disenangi dengan mempamerkan rasa hormat tanpa memperkecilkan dirinya sehingga menyebabkan dia hilang pertimbangan. Kehadiran orang salih yang dikenali juga mungkin berperanan besar terhadap suami agar memikirkan semula kewajaran tindakannya itu.

Mencari Lailatul Qadar

Berkata Imam Al-Ghazali Rahimahullah :" Bahawasanya telah diketahuai Lailatul Qadar dengan permulaan Ramadhannya,maka jika awalnya itu pada hari Ahad atau Rabu maka jatuh lailatul qadar pada malam  yang ke 19 ,jika awalnya  pada hari Isnin maka jatuh pada malam 21,jika awalnya Selasa atau Jumaat maka pada malam yang ke 27 dan jika awalnya pada Khamis maka jatuh pada malam ke 25 dan jika awalnya pada hari Sabtu maka jatuh Lailatul Qadar pada malam yang ke 23".Telah berkata Sheikh Abu Hassan As-syazali : "Dari mula-mula aku baligh hinggalah sekarang ini tiada aku terlepas dari memperolehi Lailatul Qadar dengan mengamalkan kaedah ini"



Last Updated on Friday, 18 June 2010 08:13
 

Feed Display

  • Resdung - Health Care - mySimplifieds.com
  • Bekam/Cupping/Hijamah
  • Bekam/Cupping

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]

Tutup

Chat



Chat Untuk Pertanyaan

Ustaz Nizam

YM id: nizam_ptn


Skype:

ID: nizamptn




Bookmark and Share





Waktu Rawatan

SETIAP HARI

9.30 am hingga 10.00 pm

REHAT : WAKTU SOLAT

SILA BUAT TEMUJANJI 

Pusat Rawatan Ptn

Create Your Badge

PayPal


PTNSlideShow

  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow

Pelawat Kami

Sejak 27 Ogos 2008
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counter Hari Ini 96
mod_vvisit_counter Semalam 596
mod_vvisit_counter Minggu Ini 1432
mod_vvisit_counter Bulan Ini 11284
mod_vvisit_counter Semua 183852