Time is Gold

Kuala Lumpur,Malaysia

Islamic Date

Tuesday 28 Zil-Qada 1435- 23 September 2014 Allahummaha bariklana fi Rajab wa Syakban waballighna Ramadhan

Sebarang Memo

!Warning! JavaScript must be enabled for proper operation.
Guest AFFIZA BT MOHAMED says:
2014-09-21 06:37:42
KURSUS BEKAM
ASSALAMUALAIKUM...SY INGIN BERTNYA ADAKH TUAN MEMBUAT KURSUS BEKAM BUAT MASA TERDEKAT INI...SY HARAP KURSUS BEKAM MEMANG ADA..APA2 HAL BOLEH HUBUNGI SY DI NO FON 0132997809. .TERIMA KASIH.
Guest Mike says:
2014-09-12 01:21:02
Akupunktur
Salam sejahtera tuan.. Saya ingin btanya adakah tuan mbuat kursus belajar akupuntur. Sy bminat ingin belajar no phone sy 0125454777 . sy tggal di Penang. Terima ksh
Guest sauda says:
2014-08-20 19:08:45
barik
I LOVE YOU HI FRIENDS
Guest fiqreen says:
2014-07-08 05:22:25
rawatan akupunktur
Org tua saya mengalami sakit pinggang yg melampau seaa 3bulan skrang dan sekarang menggunakan tongkat kerana lgsung tak boleh berpijak kerana sakit yg melampau dari tulang pinggul ke kaki..hanya bergantung ubat tahan sakit yg kadang2 melebihi dos. Baru sahaja menjalani MRI, tapi masih tak ketahui apa2 result. Boleh saya dptkan lokasi pusat rawatan ini beserta harga rawatannya..email saya azzra.fiqreen86@gmail.com
Guest noor zuraida bt abdul hamid says:
2014-07-02 09:36:38
Asalamualaikum tuan.. Saya ingin btanya adakah tuan mbuat kursus belajar akupuntur. Sy bminat ingin belajar no phone sy 0174123667 . sy tggal dkulim. Terima ksh

Designed by:

Newsflash

Bekam Efektif







              

Bekam Darah Tinggi                                            Resdung dengan Steamer


              

Bekam Migrain                                                    Urut Badan

    

              


  Akupuntur                                                                Gurah Resdung

                                                             

Bekam merupakan rawatan Sunnah Rasullullah S.A.W sejak 1400 tahun yang dahulu.

Sangat Efektif untuk mencegah dan merawat berbagai jenis penyakit kini di Pusat Rawatan PTN

SILA BUAT TEMUJANJI MELALUI TELEFON SEBELUM RAWATAN

PASTIKAN BERPUASA 3 JAM SEBELUM RAWATAN UTK BEKAM,AKUPUNTUR, URUT BADAN DAN RESDUNG

RAWATAN DIBULAN RAMADHAN BERMULA JAM 10 PAGI HINGGA 6 PETANG SAHAJA

HUBUNGI :    TABIB USTAZ NIZAM : 017-604 9396

                     PUAN UMMU                : 017-605 9974

Direct Page :Bekam


Muqaddimah


Perubatan Tradisional Nabawiyyah merupakan sebuah Pusat Rawatan Tradisional Melayu dan Islam atau lebih dikenali sebagai Pusat Rawatan PTN.Pusat Rawatan ini adalah Ahli kepada Pertubuhan Acu-Bekam Malaysia (PABM)dan Ahli kepada Gabungan Pertubuhan Pengamal Perubatan Tradisional Melayu Malaysia (GAPERA)  juga merupakan salah satu dari badan payung (badan pengamal) yang dikenali oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dibahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari (BPTK) .Rawatan di Pusat Rawatan PTN adalah untuk mencegah dan merawat berkonsepkan 'wellness and therapeutic' untuk merawat penyakit seperti:-

1.Sakit Kepala atau Migrain - sila lihat

2.Tekanan Darah Tinggi -sila lihat

3.Angin Ahmar atau Stroke

4.Kencing Manis atau Diabetes

5.Gaout atau asam urat

6.Sakit Sendi atau Arthritis

7.Sakit Pinggang dan Badan

8.Resdung

9.Masalah ganguan makhluk halus,gangguan mental dan spiritual

10.Sakit urat saraf

11.Sakit tuan atau puan dan lain-lain lagi


Rawatan yang terdapat di Pusat Rawatan PTN adalah:-

1.Bekam-Merawat dan mencegah berbagai jenis penyakit (digalakkan waktu pagi semasa Ramadhan)

2.Akupunktur -Merawat masalah urat saraf,sakit sendi,badan dan lain-lain

3.Urutan - Urut Badan,Urut terseliuh,Urut urat saraf stroke dan masalah seksual,urut bersalin dan Refleksi

4.Resdung-Mengeluarkan lendir resdung atau sinus

5.Herba

   - Minyak Habbatus sauda,Madu Lebah,Cuka Kurma ,Akar Kayu,Sabun Herba dan lain-lain

6.Spiritual Islam (Rukyah Syar'eyyah atau Ayat-ayat Al-Quran dan Doa Rasulullah)

   - Rawatan Sihir/gangguan jin/guna-guna/santau/Sawan

   - Rawatan Masalah rumahtangga,jodoh,pendinding diri rumah,kedai,kerjaya

   - Rawatan Kancer/Kayap/Demam Campak/Batu Karang

7.Motivasi dan Kuliah Agama

8.Menjual dan Membekalkan alat-alat TCM kepada Ahli TCM

9.KEDAI ONLINE PUSAT RAWATAN PTN (KLIK DI SINI)


Lihat Tarif Perkhidmatan @ Rawatan

PUSAT RAWATAN PTN is one of Treatment Center practising Islamic Traditional and Complementary Medicine (T&CM).

We provided a few services to the client or patient such as:

1.HIJAMAH(CUPPING TREATMENT) - For acidic toxic waste blood under the skin.Best treatment for migrain,high blood pressure and ect.

2.ACUPUNCTURE - For Nerve problem,stroke,muscle pain,blood circulation and ect.

3.SINUS REMOVAL - For sinusitis disease,pimple and ect.

4.BODY MASSAGE - For muscle pain,back pain,joint pain and ect.

5.HERBS -For food suplement; Black Seed Oil,Honey and ect.

6.ISLAMIC SPIRITUAL HEALING - Rukyah(Treatment by Dua')

PLEASE CONTACT:


SILA HUBUNGI:

Tabib Ustaz Nizam  : 017-604 9396  (Perawat Lelaki)

                               : 011-142 13562 (Pusat Rawatan)

Pn.Ummu                : 017-605 9974   (Perawat Wanita)


Bekam,Akupunktur,Resdung,Urut Badan,Herba dan Spiritual Islam di Sepang,Putrajaya,Bangi,Kajang,Shah Alam,Petaling Jaya,Kuala Lumpur,Banting,Klang ,Seremban dan  Seluruh Malaysia untuk Mobile Service

RAWATAN UNTUK LELAKI,WANITA DAN KANAK-KANAK

PUSAT RAWATAN :

48/1,Jalan Seroja 5,Taman Seroja,Bandar Baru Salak Tinggi,

43900 Sepang,Selangor - lihat peta

Link:

www.perubatantradisionalnabawiyyah.blogspot.com

www.maybank2u.com.my





Urut badan,Urat Saraf dan Refleksi PDF Print E-mail
Written by Nizam   
Wednesday, 27 August 2008 13:59

 Urut Saraf


 Faedah-faedah melakukan urutan

1.Urutan dibuat untuk melancarkan perjalanan darah keseluruh tubuh badan.    

2.Kaedah urutan juga dapat meningkatkan tahap kecerdasan tubuh badan.

3.Memecahkan angin yang tersekat di dalam tubuh badan

4.Merawat dan memulihkan semula urat yang tersimpul/terseliuh

Terdapat 5 jenis urutan yang disediakan:

1.Urut seluruh badan

2.Urut di tempat yang sakit atau terseliuh

3.Urut urat saraf

4.Urut untuk memulihkan syahwat

5.Urut Refleksi

TARIF RAWATAN URUT

URUT LELAKI

1.Urut Satu Badan(Kecergasan) (45 hingga 60 minit) RM 50

2.Urut Satu Badan (Rawatan Saraf dan Syahwat ) (60 minit) RM 70


Refleksi Tangan

Refleksi Tangan

Titik atau poin refleksi


Menurut pakar refleksi, poin  refleksi adalah kawasan titik pusat urat-urat saraf. Setiap titik refleksi berhubung rapat dengan bahagian tertentu badan. Sebenarnya kawasan refleksi ini tertabur hampir seluruh bahagian badan. Tetapi di sini huraian terperinci hanya akan menyentuh bahagian kaki sahaja.

Hasil daripada urutan refleksi ini akan menyebabkan perjalanan darah akan menjadi lancar dan membetulkan kedudukan urat saraf kepada kedudukan sebenar. Ini adalah juga menjelaskan mengapakah orang yang biasa mengamalkan urutan refleksi ini sangat mengambil berat tentang penjagaan kaki.

Oleh kerana kawasan pusat saraf terdapat pada kaki maka pakar refleksi tidak mengalakan memakai kasut yang sempit sehingga boleh menghimpit kaki semasa memakai, atau kasut yang hujungnya tirus yang bisanya dipakai oleh perempuan. Orang yang tahu dan mementingkan kesihatan tidak akan mengorbankan kesihatan mereka semata-mata kerana fesyen kasut yang diminati.

Antara penyakit yang boleh disebabkan oleh kasut yang sempit adalah seperti penyakit hidung, kepala, leher, mata, bahu, dada, buah dada, kelenjar, kelejar tiroid, paru-paru dan bronkhus. Di sini dapat dilihat betapa kaki kita boleh menentukan keadaan kesihatan kita.

Alam ini telah diciptakan dengan sangat sempurna oleh Allah yang maha kuasa sehinggakan batu-batu yang bertaburan dijalanan yang mungkin tidak berguna pada pandangan mata kasar juga sebenarnya dapat memberi manfaat sedikit sebanyak terhadap kesihatan manusia. Apabila kita berjalan tanpa mengunakan kasut atau sebarang alas kaki sambil memijak jalan yang penuh dengan batu yang mempunyai pelbagai saiz, semasa kita berjalan tersebut akan berlaku suatu proses urutan secara semulajadi terhadap kaki kita. Namun kini zaman telah berubah, jalan berbatu telah digantikan dengan jalan yang diperbuat daripada tar atau simen tambahan pula terciptanya alas kaki (kasut) maka hubungan yang intim antara manusia dan alam ini turut berkurang.

Walaupun cara perubatan ini tidak dapat diterangkan secara sains namun khasiat dan faedah yang diperolehi daripada kaedah perubatan ini sangat menakjubkan.

Antara cara
memberi tindakan kepada kawasan refleksi ialah
1. Mengunakan bahan yang panas seperti batu tungku yang diletakan hampir pada kawasan refleksi.
2. Kayu yang tumpul juga boleh digunakan sebagai kaedah mengurut.
3. Cara yang paling lazim adalah dengna mengunakan tangan atau jari .

Contoh yang paling mudah untuk menguji kebenaran atau kesahihan kaedah refleksi ini bagi yang baru mengenali dunia perubatan kaedah refleksi ini adalah dengan mencuba suatu aplikasi mudah iaitu dengan meletakan batu tungku berhampiran dengan bahagian tepi jari hantu. Setiap kali batu tungku didekatkan dengan jari, apabila terasa panas yang tak tertahan maka jauhkan batu tungku  tersebut. Proses ini diulang beberapa kali. Anda akan dapat merasai kesan daripada tindakan ini. Sebenarnya kawasan refleksi ini adalah untuk mengurangkan ketegangan fikiran atau fikiran yang kusut. Apabila batu tungku  tersebut didekatkan dengan jari hantu sebenarnya ianya akan menyebabkan perjalanan darah akan menjadi lebih pantas. Darah yang bergerak ini akan membawa bersama bahan makanan, hormon, oksigen, antibiotik dan lain-lain. Selain daripada itu darah yang bergerak ini juga akan membawa dan menyingkirkan bahan–bahan toksik daripada badan. Darah yang bergerak ini kemudian akan bergerak kearah otak sambil membawa bahan–bahan yang terkandung bersamanya.
Maka jika suatu bahagian yang sakit, perjalanan darah yang lancar akan membantu proses penyembuhan berlaku. Namun demikian tiada siapa dapat menerangkan apakah hubungan bahagian jari hantu tadi dengan ketegangan fikiran. Tiada bukti saintifik yang boleh menerangkan hubungan tersebut. Tetapi, berdasarkan pengalaman pemanasan bahagian jari hantu tersebut memang memberi sedikit ketenagan kepada fikiran yang mengalami ketegangan.

Seperti yang telah diterangkan sebelumnya tentang fungsi darah, jika perjalanan darah tidak lancar maka kemungkinan terdapat pemendapan bahan-bahan tertentu pada saluran-saluran darah. Ini mengurangkan jumlah darah yang mengalir pada saluran darah. Seseorang yang berpengalaman berkenaan urutan refleksi akan tahu samada bahagian kawasan refleksi tersebut mengalami masalah atau tidak. Biasanya kawasan yang mengalami masalah akan terdapat semacam ada 'pasir' pada kawasan tersebut apabila disentuh.

Selain daripada itu semasa mengurut daerah refleksi seandainya jika orang yang diurut merasa sakit atau rasa kurang selesa walaupun dengan sentuhan yang perlahan, maka ini juga petanda yang menjelaskan bahawa organ yang merujuk kepada kawasan refleksi tersebut mengalami masalah

Sebenarnya terdapat pelbagai aturan atau etika semasa mengurut kawasan refleksi ini.

** Pesakit yang ingin diurut haruslah duduk dalam keadaaan berehat dan bebas daripada memakai pakaian yang sempit yang boleh menganggu aliran darah.

** Dicadangkan urutan kawasan refleksi dengan mengunakan minyak urut yang sesuai untuk mengelakan kulit daripada cedera atau melecet.

** Semasa mengurut pula, jika pesakit merasa kesakitan yang amat sangat maka orang yang mengurut haruslah memberitahu pesakit supaya dapat menahan kesakitan yang dialami akibat urutan. Jika pesakit tidak dapat menahan kesakitan maka urutan hendaklah dihentikan seketika bagi meredakan kesakitan.

** Biasanya keberkesanan urutan refleksi ini adalah berbeza mengikut umur. Orang yang lebih muda biasanya sudah mencukupi dengan diurut 3 hingga 4 kali berbanding orang tua yang memerlukan urutan yang lebih untuk mendapat kesan yang sama.

** Dalam satu-satu masa pula, biasanya kawasan refleksi diurut selama 5 minit .Jika kesakitan yang dialami akibat kesan urutan dapat ditahan maka masa urutan sehingga 10 minit bolehlah dilakukan bagi satu–satu kawasan refleksi.

Peraturan-peraturan lain yang harus diikuti semasa kerja-kerja pengurutan dijalankan adalah seperti

** tidak melakukan pengurutan sejam selepas makan.

** Semasa mengurut kawasan refleksi, pada satu–satu masa hanya satu kawasan sahaja yang diurut, kemudian setelah selesai barulah berpindah kepada kawasan refleksi yang lain.

** Apabila selesai satu-satu sessi pengurutan haruslah minum air sebanyak dua hingga tiga gelas air. Ini adalah penting agar kotoran yang terdapat dalam badan dapat disingkirkan dengan lebih cepat, tetapi aturan ini terkecuali bagi pesakit buah pinggang. Pesakit buah pinggang hanya dibenarkan meminum air kurang daripada setengah gelas selepas pengurutan dijalankan.

** Bagi kawasan refleksi yang melibatkan kelenjar pula tidak boleh diurut terlalu keras ini adalah untuk mengelakan kesan sampingan daripada berlaku.

** Kepada mereka yang sudah teruk mengalami penyakit-penyakit seperti jantung, kencing manis, sakit kuning atau barah, cara mengurutnya adalah tidak terlalu kuat dan tiap-tiap bahagian refleksi tidak boleh diurut melebihi 2 minit bagi satu-satu masa pengurutan.

** Perkara yang sebaliknya pula harus dilakukan kepada mereka yang mengalami penyakit tulang. Mereka yang mengalami penyakit tulang harus diurut dengan kuat agar kesannya lebih cepat dirasai.

** Semasa pengurutan dilakukan kadangkala timbul kesan-kesan kehitaman pada bahagian yang diurut. Ini adalah petanda baik teruskan urutan sehingga bahagian refleksi tersebut sembuh.

** Bagi mereka yan sedang mendapatkan rawatan doktor pula disarankan agar menghentikan dahulu semua jenis ubat yang dimakan kerana ubat tersebut boleh menghalang atau melambatkan proses penyembuhan cara urutan refleksi ini. Ini terkecuali bagi para pesakit jantung dan kencing manis. Ubat yang diperolehi daripada doktor harus dimakan secara berterusan seperti biasa.

Kepada yang mengurut, terdapat juga beberapa etika atau peraturan yang harus diikut iaitu

** selepas kerja pengurutan tidak digalakan mencuci tangan serta-merta. Ini adalah penting untuk menjaga kesihatan. Namun tidak dapat diterangkan di sini kaitan antara mencuci tangan dengan gangguan kesihatan yang akan bakal berlaku.

** Yang terakhir pula adalah tidak digalakan kepada si pengurut merawat orang lain seandainya dirinya sendiri berada dalam keadaaan yang kurang sihat.

Kadangkala selepas urutan dilakukan kita boleh melihat kesan akibat daripada urutan refleksi ini. Namun reaksi yang berlaku tersebut hanyalah bersifat sementara. Seandainya berlaku kesan-kesan seperti yang diterangkan di bawah ini teruskan urutan sehingga sembuh.

Antara kesan daripada urutan refleksi ini adalah :

** seperti timbul luka dan nanah pada peha atau pada kesan parut. Ini bemaksud kotoran di dalam darah tidak berjaya disingkirkan secara normal sehingga timbul luka sebagai jalan mudah untuk mengeluarkan kotoran tersebut.

** Selain daripada itu kadangkala pesakit mengalami sakit pinggang atau punggung, ini bererti rintangan yang menghalangi peredaran darah sudah dapat dilalui oleh darah semula.

** Kadangkala pesakit juga mengalami pembengkakan pada urat. Ini sebenarnya menunjukan perjalanana darah semakin lancar.

Berdasarkan pengalaman yang pakar dalam urutan refleksi ini, antara penyakit yang mudah untuk disembuhkan adalah seperti kencing di tempat tidur, otot kejang, infeksi sendi, sakit kepala, selsema, buasir, sakit jantung dan beberapa jenis penyakit lagi.

Walaupun demikian kaedah urutan refleksi ini mempunyai had atau batasan yang tidak boleh dilampau olehnya. Antara had yang tidak dapat disembuhkan melalui kaedah ini adalah pesakit yang urat sarafnya telah mati akibat kemalangan atau ‘stroke’, pengambilan ubat-ubatan juga menyebabkan urat saraf menjadi kebal (kurang sensetif). Selain daripada itu yang terakhir adalah penyakit, khususnya barah yang telah terlambat untuk diubati(tenat). Kesemua penyakit ini langsung tidak dapat dibantu oleh kaedah perubatan refleksi ini.





Last Updated on Friday, 06 December 2013 21:14
 

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Chat



Chat Untuk Pertanyaan

Ustaz Nizam

YM id: nizam_ptn


Skype:

ID: nizamptn


My status


Bookmark and Share






Waktu Rawatan

SETIAP HARI

9.30 am hingga 10.00 pm

REHAT : WAKTU SOLAT

SILA BUAT TEMUJANJI 

Pusat Rawatan Ptn

Create Your Badge

PayPal


PTNSlideShow

  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow

Pelawat Kami

Sejak 27 Ogos 2008
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini219
mod_vvisit_counterSemalam530
mod_vvisit_counterMinggu Ini749
mod_vvisit_counterBulan Ini12187
mod_vvisit_counterSemua665194