Spiritual Islam/Ruqyah Print
Written by Nizam   
Wednesday, 27 August 2008 14:00


http://arabiccalligraphy.files.wordpress.com/2007/12/thuluth9.jpg


Merawat pesakit menggunakan Ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa Rasullullah S.A.W.

Sebagai seorang muslim yang beriman kepada Allah,RasulNya dan KitabNya hendaklah kita i'tiqadkan di dalam hati bahawa sakit dan kesembuhan itu datangnya dari Allah.Kita sebagai hambanya hanya berusaha mengikut perintahnya sahaja.

Adalah menjadi syirik bahawa percaya  sakit itu adalah dari "fulan"(manusia yang hasad)  dan kesembuhan itu " fulan"(tabib)

Diantara penyakit yang boleh dirawat dan disembuhkan dengan izin Allah  seperti:-


1.Gangguan makhluk halus/Jin/saka

2.Sihir/Guna-guna/santau/busung

3.Sawan/Demam campak/Demam panas

4.Demam/batuk/selsema/Sesak nafas

5.Kayap/kudis/gatal-gatal

6.Pelaris/Jodoh/Pengasih/untuk dapat anak

7.Pendinding diri,keluarga dan hartabenda

8.Bebal/susah belajar/was-was/anak yang hyperaktif

9.Pelembut /Penerang Hati/Pengasih

10.Kanser/ketumbuhan

11.Batu karang

Untuk membuat rawatan sila telefon untuk temujanji.


Ayat Khazanah Pintu Langit dan Bumi


wiridkan kalimah ini selepas solat fardhu 21 kali atau 7 kali In syaa Allah Mujarab


Tanda-tanda adanya gangguan Jin/sihir/guna-guna

1. Sering sakit kepala terutama selepas waktu asar hingga malam

2. Badan terasa berat dan cepat letih walapun tidak melakukan kerja

3. Badan terasa berbisa-bisa atau gatal-gatal

4.Badan terasa sejuk panas tetapi tidak demam

5. Sakit dada selepas waktu asar ke atas

6.Susah tidur di waktu malam atau terlalu kuat tidur terutama di siang hari

7.Tiada selera makan berterusan atau terlalu kuat makan

8. Sering mimpi buruk atau mimpi yang serupa

   a.mimpi ular- tanda sihir

   b.mimpi diberi anak - saka

9.Susah melakukan ibadah.

10.Meracau-racau,melihat kelibat makhluk halus 

11.Melihat dengan nyata alam jin

12. Susah/sempit rezeki walaupun peluang banyak

13.Susah/berat jodoh

14.Cenderung melakukan maksiat dan susah untuk bertaubat

15.Baran,ego dan pemarah,senang bertengkar walau perkara remeh-temeh

16.Datang haid tidak teratur dan panjang

17. Bayi sering menangis menjelang magrib hingga tengah malam dan matanya mendongak ke atas

18.Badan terasa seram sejuk dan ketakutan

19.Gagal melakukan hubungan kelamin

20. Gangguan mental

Syaitan atau jin boleh meresap kedalam darah dan tubuh menusia kerana salah satu dari unsur jamani/jasad manusia

adalah dari unsur yang sama iaitu unsur api.


Manusia

Jin

Syaitan

Islam/Kafir

Islam/Kafir

Kafir

Jasad :Tanah,Api,Air,Angin

Jasad: Api

Jasad:Api

Roh: Nur/Cahaya(Islam) kafir-hitam

Roh:Nur/Cahaya(Islam)kafir-hitam

Roh:Hitam

Firman Allah Ta'ala :

وخلق الجا ن  من ما رج من نار

Surah Ar-Rahman ayat 15

Maksudnya: Dan Allah telah ciptakan jin itu dari lidah api

Di dalam masyarakat Melayu wujud kepercayaan pada pontianak,jembalang,polong,toyol,hantu raya dan lain-lain lagi kesemua benda itu adalah jin-jin kafir yang menjadi kuncu Syaitan.

Sihir

Mafhum Al-Quran surah Al-Falaq:Ayat 1 hingga 5

" Katakanlah: Aku berlindung kepada Tuhan Yang Menguasai subuh,dari kejahatan makhlukNya dan dari kejahatan malam apabila telah gelap-gelita dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia berdengki"

Al-Azhari berkata:Sihir  adalah perbuatan yang di dalamnya mendekatkan diri kepada syaitan dan mengharapkan pertolongan darinya.Hukum perbuatan sihir adalah Haram dan Dosa Besar.

Ibnu Faris berkata : Sihir adalah menampakkan sesuatu yang batil (salah) dalam gambarannya  haq (benar).Syam meriwayatkan dari Ibnu Abi Syaibah dan berkata : " orang Arab menamakan sesuatu itu dengan sihir kerana ia memindahkan sesuatu yang sihat kepada yang sakit"

Ibnu Qudamah Al-Maqdisi berkata; Sihir adalah ikatan,penawar dan perkataan atau tulisan mantera yang ia berkata dengannya atau melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan bekasnya ditubuh orang yang terkena sihir atau hatinya,aqalnya dengan cara tidak langsung.Ia merupakan satu hakikat yang nyata kerana diantara mangsanya itu ada yang mati,sakit,gila,suami tidak mahu mencampuri isterinya begitu juga sebaliknya,bercerai,tunduk,timbul kebencian dan kemarahan atau mengujudkan perasaan cinta dalam paksa.

Dari Shafiyyah binti Huyai R.Anha bahawa Nabi S.A.W telah bersabda:"Sesungguhnya syaitan menyelusup ditubuh anak Adam di dalam pembuluh darahnya" ( Riwayat Bukhari)

Kesimpulannya wujudnya sihir adalah suatu perkara yang benar.Islam juga telah mengajarkan kaedah rawatannya mengikut Al-Quran  dan Sunnah Rasullullah S.A.Wasallam. 

Ruqyah Syar'iyyah

Kaedah rawatan menggunakan bacaan ayat-ayat Al-Quran,Asma'-asma' Allah yang Agung dan Doa-doa Rasulullah S.A.W.Pesakit akan duduk mengadap kiblat atau berbaring dan Perawat akan memegang ubun-ubunya ketika membuat bacaan Ruqyah.Jika pesakit adalah wanita hendaklah ditemani oleh mahramnya.

Bacaan Ruqyah yang selalu dibacakan kepada pesakit yang telah dikeluarkan oleh Imam Ahmad,Hakim dan Tirmidzi juga disebut sebagai 'manzil'.

Ubai bin Kaab R.Anhu meriwayatkan : " Sewaktu kami bersama Rasulullah S.A.Wasallam ,datang seorang Badwi kepada Baginda seraya berkata: " Ya Rasulullah saya ada seorang saudara yang ditimpa penyakit" Baginda bertanya "Penyakit apa" Jawabnya " sejenis gila" Rasulullah meminta orang itu membawa saudaranya kepada Rasulullah S.A.W. lalu Baginda membacakan kepadanya :

1.Surah Fatihah

2.Surah Al-Baqarah ayat 1 hingga 4

3.Ayat Kursi - bermula waila hukum ilahu wahid

4.Surah Al-Baqarah ayat 256 dan 257

5.Surah Al-Baqarah ayat 284,285 dan 286

6.Surah Al-Imran ayat 18

7.Surah Al-Mukminun ayat 118

8.Surah As-Shaffat ayat 1 hingga 10

9.Surah Al-Hasyr ayat 22 hingga 24

10.Surah Jin ayat 1 hingga 3

11.Surah Al-Ikhlas

12.Surah Al-Falaq

13.Surah An-Nas

Kemudian orang itu pun bagun dan beredar dari situ dalam keadaan sihat.Penyakitnya telah hilang "

Hukum Sihir dan Orang Yang Mempelajarinya dan Mengamalkannya Adalah Haram

Sebahagian besar Ulama' Salaf menyatakan bahawa mempelajari ilmu sihir adalah HARAM.Sementara orang yang mengamalkan sihir dihukumkan sebagai KAFIR.

Firman Allah: "Sedang Ahli Sihir itu tidak akan beroleh kejayaan di mana saja dia berada" Taha Ayat 69

Hukum Menemui Tukang Tilik Nasib atau Tukang Ramal

Menemui tukang tilik bagi mengetahui untung nasib atau ramalan masa hadapan adalah haram dan berdosa.Rasulullah S.A.AW ada bersabda:

" Barang sesiapa yang menemui tukang tilik lalu bertanyakan sesuatu kepadanya kemudian dia mempercayainya maka solatnya tidak diterima Allah selama empat puluh hari" Hadis Riwayat Muslim

Rawatan Penyakit Kanser

Sebaik-baiknya telah disahkan melalui pemeriksaan doktor di Hospital.Kanser tahap pertama adalah tahap yang paling baik untuk memulakan rawatan secara Rukyah(Doa) ini.

Bahan-bahan yang biasa digunakan untuk rawatan ini:-

1.Limau Nipis 9 biji

2.Garam Kasar 1 kg

3.Air Mineral 1.5 lt -3 botol

4.Minyak zaitun 0.5 lt

5.Telur Ayam 7 biji

6.Buah Durian Belanda 1 biji

7.Pucuk Daun Durian Belanda  (4 helai dari pucuknya) - 7 tangkai

8.Minyak Habbatus sauda 60 ml - 1 botol

Rawatan Kayap

1.Kapur Sireh 

2.Daun sireh 21 lembar

3.Pinang yang sudah diracik

4.Gambir

5.Air mineral 1 botol



Last Updated on Saturday, 11 August 2018 12:41