Bekam Print
Written by Nizam   
Wednesday, 27 August 2008 13:58













Fungsi atau Tujuan Berbekam

A.Fungsi bekam yang utama adalah mengeluarkan darah yang rosak. (sel-sel yang telah mati,bertoksid,berasid,berlemak dan kandungan-kandungan sisa buangan yang tidak berguna dari pembuluh darah ).Darah yang rosak ini berada terkumpul 3 ke 4 mm di antara lapisan epidermis dan dermis mengikut anatomi kulit badan  manusia.Darah yang dikeluarkan bukanya dari pembuluh darah sama ada vena, arteri ataupun kapilari.

B.Berbekam untuk kecergasan dan mencegah penyakit bagi mereka yang sihat.

C.Berbekam untuk merawat penyakit bagi mereka yang mengidap penyakit seperti:-

1.Migrain atau sakit kepala

2.Tekanan darah yang tinggi

3.Sakit gout (kandungan urik asid yang tinggi)

4.Sakit badan,pingggang,lutut dan sendi-sendi

5.Vertigo hilang kesimbangan tubuh

6.Alergik atau gatal-gatal tubuh badan

6.Angin Ahmar atau stroke

7.Diabetes atau kencing manis

8.Memperbaiki sistem keseimbangan hormon

9.Meningkatkan sistem immune atau endoktrin pada tubuh badan

10.membetulkan sistem saraf dan sistem pencernaan

11.Meningkatkan tenaga seksual lelaki dan wanita serta kesuburan

12.Dan lain-lain lagi.


KAEDAH BEKAM DI PUSAT RAWATAN PTN

Berbekam di Pusat Rawatan PTN menggabungkan kaedah BEKAM TITIK SUNNAH RASULULLAH SAW dengan TITIK MERIDIAN AKUPUNTUR  juga Anatomi & Physiology Tubuh Manusia disertakan DOA-DOA KESEMBUHAN dari ALLAH Subhanahu wa Ta'ala.


Rawatan Bekam Kaedah Moden Mengikut Standard KKM

1.Menggunakan cup(bekas bekam) lutsinar yang dicuci dengan antiseptik dan disteril(mesin pembunuh kuman)

2.Menggunakan lancet 21G dan 28G (jarum) pakai buang (untuk seorang patient sahaja)

3.Menggunakan sarung tangan dan face mask.

4.Darah dikumpul dan lap dengan tisu lembut kemudian dikumpul dlm bekas plastik.

5.Pesakit hendaklah menanam atau membakar  sisa darah bekam mereka sendiri.

6.Juru bekam muslimah untuk kaum wanita.

7.Tidak sakit dan tidak berparut.


Kaedah Mencuci Cup/Mangkuk Vakum

1.Cup vakum direndam dengan antiseptik DD1 dan bahan pencuci pembunuh bakteria

2.Cup vakum disteril dengan suhu tinggi dan di seteril juga dengan ultra-violet

3.Cup vakum juga di ozonekan.




PERALATAN BEKAM






   Anatomi Kulit Manusia

Proses BEKAM di lakukan 3 hingga 4 mm di bawah permukaan epidermis sebagaimana rajah anatomi kulit tubuh manusia seperti di atas.







Rawatan bekam di dalam Islam sudah terkenal sejak 1400 tahun yang dahulu.Khasiatnya begitu banyak sekali untuk merawat penyakit.Di antara penyakit-penyakit yang boleh dirawat seperti:


1.Migrain/Sakit Kepala/Pening


2.Darah Tinggi/Hypertension


3.Gaout/Uric asid tinggi


4.Alergi/Gatal-gatal badan


5.Kencing Manis/Diabetes


6.Sakit Badan/Sakit pinggang /Kebas-kebas badan


7.Sakit Saraf


Di dalam kitab At-TibbunNabawiy oleh Imam Ibnu Qayyum Al-Jauziyah ada menukilkan satu Hadist Nabi S.A.W yang Mafhumnya:


خير ما تدا ؤيتم به الحجا مه

"Sebaik-baik pengubatan yang kamu gunakan adalah dengan berbekam" (Riwayat Bukhari & Muslim)


Secara saintifik dalam ilmu perubatan moden penyakit di dalam tubuh berpunca dari makanan yang telah melebihi kadar yang seimbang.Makanan ini pula akan dicernakan di dalam perut.Perut dan usus kecil  pula akan menyerap zat-zat yang berguna dan menjadi nutrien dalam darah.Sisa-sisa dari proses pencernaan pula akan dibuang dari tubuh badan sebagai najis,air kencing dan perpeluhan dari seluruh tubuh badan.Darah yang mengandungi nutrien pula akan mengalir melalui semua organ-organ dalam tubuh badan seperti hati,paru-paru,jantung,kelenjar-kelenjar,otak,organ pencernaan,ginjal,organ pembiakan dan lain-lain lagi di dalam tubuh badan manusia.


Darah juga akan mengambil bahan-bahan buangan dalam darah dan mengangkutnya ke paru-paru,ginjal dan kulit untuk dikeluarkan dari tubuh badan manusia.Kegagalan pengeluaran bahan buangan dari darah melalui sistem perpeluhan akan menyebabkan darah yang bertoksid terperangkap 3mm hingga 4mm di bawah permukaan kulit diseluruh tubuh badan manusia.


Oleh yang demikian untuk mengeluarkan darah yang bertoksid itu Nabi S.A.W telah mengajarkan kepada ummatnya dengan berBEKAM.


Terdapat 2 jenis bekam


1.Bekam Kering/Angin - Pembekaman dibuat pada tubuh badan tanpa sayatan .Darah kotor tidak keluar dari permukaan kulit cuma angin dan air sahaja yang keluar dari badan.   


2.Bekam Basah/Darah - Pembekaman dibuat dengan sayatan,darah kotor,air dan angin akan keluar dari permukaan kulit.Tubuh badan akan terasa lebih segar dan cergas.


Berbekam Para Sahabat ketika berpuasa


Al-Hafiz menerangkan dalam kitab Al-Fath:Jumhur para ulama megatakan bahawa puasa tidak batal dengan berbekam dengan syarat badan yang kuat untuk dibekam.Bila badan menjadi lemah lalu pitam dan muntah maka batallah puasa.


Sandaran HadithVery Happyalam Shahih Bukhari bab kitabus saum,disebutkan:Bakir berkata dari Ummu 'Alqomah R.Anha ,"Dahulu kami pernah berbekam di hadapan 'Aisyah R.Anha bersama anak-anak saudara 'Aisyah maka kami tidak dilarang oleh beliau sedangkan saat itu kami sedang berpuasa".Kejadian ini telah berlaku dirumah 'Aisyah sendiri selepas kewafatan Rasullullah S.A.W

Testimonial 1

" Saya Hj.Roslan 52 tahun ,(Tel.No: 012-220 2108 begin_of_the_skype_highlighting            012-220 2108      end_of_the_skype_highlighting),Taman Dahlia,B.Baru Salak Tinggi,Sepang sudah bertahun- tahun menghidap penyakit gout.Alhamdulillah setelah saya merawat penyakit dengan kaedah BEKAM ini, penyakit ini sudah sembuh dengan izin ALLAH.Saya memulakan sesi rawatan ini sejak tahun 2005 lagi.Kini saya tidak lagi menggunakan sebarang ubatan Hospital."

Testimonial 2

"Saya Rashidi bekerja di MAS Katering KLIA,Sering mengidap sakit kepala dan bacaan tekanan darah selalu tinggi.Setelah menjalani rawatan BEKAM sakit kepala saya telah sembuh dan bacaan tekanan darah kembali normal"


 Video Bekam




 


 


 


Last Updated on Saturday, 11 August 2018 12:32